CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

cuit2 my sponsor

Followers

q




Tuesday, November 30, 2010

pergilah ayu

Kosong hidupku tanpamu
Cermin ku membayang bayanganmu
Pameran kasih ku layu
Tiada dirimu tiada untukku

Tinggalkan ku dalam anganmu
Sakitku mencintaimu
Deritaku merinduimu
Lemah hati menginginkanmu

Kau hilang terus kau menyepi
Tewasku bila ku ketahui
Berita kau sudah berpunya
Hancur hatiku
Berkeping-keping jadinya

Hilangku bukan kerana cinta
Hilangku bukan untuk menyeksa
Bagiku semua tiada berharga
Biarku telan semua derita

Pergilah kau pergi dariku
Biarku ku jalani hidup tanpamu
Tiada cinta dan kasihmu
Meski hati merelai

Mati hariku di kotak sepi
Di situ kau mula mahu mengenalinya
Langkahku songsang telah ku sedari
Semula ku hias kau jauh dah pergi
Putus komunikasi kau elakkan diri
Ku mencari jalan kembali kau mahu terus pergi
Ku ingatkan kau memori kau tutupkan telinga
Nyata tiada kita tiada jalan penyambungnya
Ya Allah maha pemurah dan maha pencipta
Terima kasih atas pertemuan antara aku dan dia
Jika nyata bukan dia pemilik tulang rusukku
Kikiskanlah pesonanya dari kedua mata
Dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada
Bahagiakanlah mereka berdua ku doakannya
PadaMu ku pohon sucikan hatiku
Sehinga dapat melaksana kehendak dan rencanaMu
Amin

Chorus
Pergilah pergilah ayu
Jangan kau
Hiraukan tentang diriku
Pergi kau pergi kau ayu
Ku anggapkan ini satu tragedi

Kau hapuskan semua yang kita bina
Kau hancurkan harapku
Untuk hidup bahagia bersamamu

Berkali kau bersumpah untuk berubah
Tapi janji kosongmu
Tak sudah-sudah
Entah sampai bila
Kau lepaskan saja aku

Ulang Chorus

Pergilah kau pergi dariku
Biar ku jalani hidup tanpamu
Tiada cinta dan kasihmu
Meski hati merelai

Pergilah pergilah ayu
Jangan kau
Hiraukan tentang diriku
Pergilah pergilah sayang
Biarkan ku begini

p/s: peni suka lagu ni sbb dia guna real name peni.. and ayu mmg dah pergi...


Best regards,

Sunday, November 28, 2010

kasihanilah kami

2 hari lepas peni ade tengok video kat wall kwn peni kat facebook... adooiilaaa... sakit tol tengok video tu... tak sampai hati rasanya peni tengok,so peni try tengok juga,bile buka je video tu..tak tahan sebak tengok budak tu di pijak2,di masukkan air dalam mulut ketika mandi.. peni terus tutup video tu....sempat juga peni komen,tapi komen tu dah keterlaluan sangat kot,ntah rasa geram yang teramat sangat,manusia bertopengkan syaitankah itu?? binatang pun sayangkan anaknye inikan pula manusia...... astarfirullahhalazim... kejamnya manusia sanggup perlakukan begitu terhadap insan yang tak berdaya....



disini diruangan ini peni ada pesanan untuk makcik yang buta perut tu!!!!
-kenapa ko tergamak buat budak sekecil tu macam tu??? tak pernah wujudkah perasaan belas kesian dalam hati ko???
-kenapa ko pijak2 belakang budak tu?? bodohkah engkau.... butakah mata ko...budak tu menjerit meminta belas kesian,tapi ko seolah2 pekak.. makin dia minta belas makin ko seksa dia...
-dia hanya insan kecil tak mampu berkata.. tak mampu melawan hanya air mata dan tangisan mampu dia kelurkan untuk menyelamatkan diri.. kenapa makin dia lemah makin ko masukkan air kolam kedalam mulutnya?? berilah pelukan disaat dia kesakitan.. kan lagi elok dari ko terus memukulnya...
-pernah kah ko terfikir balasan Allah lagi hebat dari apa yang telah ko lakukan terhadap kanak2 malang itu..
-ko memang kejam... binatang... (boleh ke peni kata macam tu??) tp binatang pn sayang anak kan??
-aq harap sangat satu hari nanti ko juga punya video yang sama.. ko juga diperlakukan begitu... lantak la orang nk kata peni kejam pun doakan keburukan pada orang...tapi mmg patot ko terima balasan yang lagi teruk dari tu...
-kalau ko nak lawan sangat pun kenapa perlu ko hentak budak2... carilah lawan yang sepadan dengan ko bodoh..


untuk adik2 yang didera:
-sabar lah sayang.. kalau adik mampu berkata2 mesti adik tak akan begini kan??
-kuatkanlah hati adik.. jika adik disiksa sehingga mati sekalipun hak adik pasti akan dibela... adik akan mendapat tempat di syurga..
-rintihan kecil adik terlalu sayu... hanya manusia berhati syaitan sahaja yang tidak menghiraukan kesakitan adik..
-kakak tahu betapa pedihnya saat adik didera... kalau jari akak terkena pisau pun sakit.. inikan pula ditumbuk diterajang... kalaulah kakak punya kuasa.. kakak akan hapuskan manusia yang tolol itu..
-kesian adik ibu bapa adik tak luangkan masa untuk memerksa setiap inci tubuh adik yang penuh dengan lebam akibat menjadi mangsa si tolol.. kalau lah ibu bapa adik pun luangkan masa untuk adik mesti benda ni tak akan jadi kan...
-adik... ingat setiap apa yang orang lakukan terhadap adik akan ada hukumannya,mahu di dunia ataupun di akhirat..walau pun ketika itu adik telah di kafankan...
-sabar ye adik... kita hanya perlu doakan insan yang berhati syaitan ini kembali kepangkal jalan..


pesanan peni. 
-peni agak tersentuh dengan video tu.. maafkn peni entri kali ni agak emo sikit..
-sorry kalau enti kali ni peni menggunakan bahasa yang tak sepatotnya...
-gambar kat atas tu pun peni tak letak gambar budak didera... tak sanggup la geng!!!
-pada kawan2 blogger yang punya anak.. tolong sayangilah ank anda... berilah dia pelukan, kasih sayang, masa depan... sokong lah dia untuk melangkah ke masa depan...
-selamatkanlah kanak2 dari terus di dera, diseksa, dihentak,ditendang dan macam2 lagi..
-telapak tangan mereka hanya sekecil itu.. mereka tidak mampu mempertahankan diri apatah lagi menyelamatkan diri...
-tolong jangan upload video macam tu lagi... peni tak sanggup!!
-bersyukur kerana peni memiliki mama yang sayangkan peni...
bersyukur kerana peni tak pernah diperlakukan begtu.. tapi!!! anak2 kita nanti macam mana?? adakah senasib dengan kanak2 malang tu??? mintak dijauhkan lah ye...
-lastly fikir dulu sebelum buat.. kalau tak mampu jadi penjaga jangan terjerumus dalam bidang asuhan kanak2, psikologi kanak2 akan terganggu...dan ianya akan terus menghantuinya sampai bila2...
-hargai kanak2 tu je pesanan peni!! kalau didekati kanak2 lebih memahami dan menghargai kita,dari orang dewasa



Best regards,

Saturday, November 27, 2010

bintang+hati

ini kisah bintang dan hati... macam lagu amy mastura tu... huhu


bintang dan hati adalah satu gandingan yang hebat macam nescafe  dan cofee mate..tak pun macam rebina mix oren tu... Dimana ada bintang disitu ada hati.dimana ada hati disitulah nampak bintang... fuhh.. romentik siot!!

satu hari hati buat keputusan untuk berjauhan dengan bintang,hati tidak mahu berkepit di bawah ketiak bintang lagi... bintang terkejut beruk,lalu air mata bintang melimpah dengan bantuan minyak cap kapak.. hehehe.. hati berlari2 anak meninggalkan bintang dalam keadaan separuh meroyan itu...

bintang tidak berputus asa.. bintang membuat SOS topup,kadang2 ask-a-topup dr kawan2 semata2 untuk menghubungi hati... tapi hati langsung tidak memperdulikan bintang disebabkan dalam hati ada konkrit,dalam pala ada batu,dalam otak ada semut hahaha...(macam ayat lovpoison jew tu.. keh3)..hati tak berniat kejam tapi hati tak dapat terima bintang lagi kerana hati telah bertemu cinta...

sekarang bintang tidak lagi mengharapkan hati,bintang sedar betapa bencinya hati padanya... bintang cuba hidup sendiri.. bak kata perpatah, kais pagi makan pagi kais petang makan petang.. tak kais perot merana r jawabnye.. hahaha.. bintang mula mengubah hidupnya selepas durian runtuh atas kepalanya... sakit woo... sapa nk try???? hahaha...

setahun kemudian...kini bintang dah betul2 menjadi bintang.. mama pun berbangga mendapat anak seperti bintang bukan anak seperti sazali.. bintang bangga kerana bintang kini memiliki rumah besar, kereta besar, gaji besar badan je tak besar2, krna bintang sudah pandai berdiet.. 'artis lah katakan..'hahaha...

kini banyak hati yang terpikat pada bintang.. kerana sinaran bintang yang teramat menyerlah.. lalu bintang berkata "kerana diriku begitu berharga"...bintang sudah menjadi duta loreal.. bintang sangat popular... kemana saja bintang berjalan,berlari berjoging,berblogging,ber....ber... bermacam2 lagi lah hehehe.. hidup bintang di hampiri oleh hati...kadang2 bintang agak rimas.. lalu bintang menjerit seperti tarzan.. ooOOOooouuuuWWWhh... tanda protes dengan hati... huhu

bintang cuba blind date macam dalam blog atok tu.. tapi bintang gagal menerima hati... memang betul,bintang bertemu dengan hati yang lebih baik dari hati dulu... tapi bintang tak dapat teruskan walaupun bintang dah buat ujian OKU terhadap hati baru...bintang tahu yang hati baru tiada cacat celanya mungkin hati baru lagi baik dari hati lama.. tapi hati lama dah buat bintang kena serangan jantung dan strok secara automatik untuk terima hati baru..


bintang buntu smbil hentuk kepala kt bus stop... bintang tak tahu macam mane nk terangkan kat hati baru yang pintu hati bintang telah hilang kuncinya...tak boleh nak buka lagi.. kalau nk buka pun kena cari kunci kat kedai kunci,tu pun kalau apek tu tak tutup kedai lagi lah....kalau tak maknanye...biar bintang terapung sendiri diruang angkasa bersama taik bintang.. hahaha...


Best regards,

follower ke-100 peni

terima kasih pada semua follower peni yer... peni amat menghargai kamu semua..

ni peni ade hadiah untuk follower ke 100 cik peni nk tawu sape orang tu klik je kat sini tu... hehehe..

P/S: terima kasih daun keladi lain kali follow la lagi.. ngee~


Best regards,

kecian A... B jahat.. C mengada2









Best regards,

Friday, November 26, 2010

saya nak topup percuma dari bee

assalamualaikum murid2.. keh3 lame beno tak mengajar budak2 tersasul pulak.. hahaha....

peni telah di tag oleh MRS.BEE  untuk join contestnye.. hehehe... sesape nk try juin boleh jew cube cuitkan cursor anda pada nama mem besar itu.. hehehe...

 syrat-syarat untuk join contest ni senang jew semudah ABC ye murid2 hahaha..peni copy terus yer... untuk mengelakkan kesalahan dalam penyampaian.. hahaha.. skema tahap cipan nih.. huhu..ape yang perlu kita buat ialah:

1 : mestilah jadi followers bee.( http://honeyvsbee.blogspot.com ) ( http://beecontest.blogspot.com)COPY foto contest dan letak di sidebar (tak paksa)dan entry anda.
2 : buat entry tentang GA ni...buat yang simple2 ajer , dengan tajuk "SAYA NAK TOPUP PERCUMA DARI BEE".
Dan link kan ke blog bee.
3 : TAG 3 kawan anda.

4 : tinggalkan url entry anda di komen box ini SAHAJA .
kriteria pemilihan :
cabutan bertuah olh anak - anak bee.keputusan muktamad..
hadiah pertama : topup (maxis,celcom,digi) berjumlah RM 30.00.
kewujudan hadiah ke - 2 dan ke - 3 akan diberitahu kelak bergantung kepada jumlah penyertaan
itu sahaja mudah kannn ?? jemputlah join bagi memeriahkan lagi..
GA bermula 19/11/2010 - 19 /12/2010 12.00 malam (atau kalau banyak tutup awal sikit)
eh bole ker mcm tu ?? suka hati lahhh hahah.
gud luck!!!!


ini peni punye karangan untuk contest ni: 

say nak topup percuma dari Bee a.k.a angah kerana saya belum kerja lagi... saye ni penganggur yang tegar...saye bkn  malas nk kerja, tapi kerja tu belum cari saya lagi.. huhuhu.. lagi satu saya nk sangat topup tu disebabkan saye jarang keluar rumah.. untuk ke kedai sekali pun saya malas nk turun.. hehehe


adoii saya.. saya.. saya.. rasa saya keterlaluan menyebut saya kerana terlalu formal la.. anagah oii.. adesshh.. angah lop perlukan topup tu sbb nanti lop boleh msg nan angah.. hak3kite boleh bergosip tentang dunia hiburan ni.. mesti best kan...


kalau angah kasi lop topup tu lop janji lop akan wat super saver dan bergayot dgn angah selama 1 jam.. itu pakej terhebat yang penah lop tawarkan untuk angah buat masa ni.. hehehe.. uikk macam lop pulak yang owner contest ni keh2 love u ngah.. papai... huhu


macam tu jew nk siapkan contest tu.. senangkan... so sekarang kite tunggu jew anak2 dia nk pilih sape.. hak3.. nama yang akan peni tag ialah...


efa
cik gebu
atok


dengan ucapan semoga berbahagialah kamu bertiga.. hehehehe...


p/s: lop tu nama manja peni yang kerap kali digunakan oleh rakan media.. keh3

Best regards,

Thursday, November 25, 2010

fahrin.. oh.. fahrin...

kalau diberi peluang untuk anda.. anda...dan anda.... memilih jejaka pilihan dikalangan artis, siapakah insan betuah itu???? jum kite lihat siapakah jejaka pilihan peni. adakah dia remy ishak, fizo, fahrin atau artis2 popular yang lain..... cube teka???? hehehe mesti ramai yang tertanya2 kan.. huhu

ni lah jejaka pilihan peni, kalau dapat buat calon suami sumpah peni tak cari lain.. hahaha... rasa cm kilang gula tumpah pulak...manisnye ayat peni kan?? huhu yang penting peni mmg minat dia.....
fahrin ni macho gile kot... hehehe.. terlalu macho la kan....best je tengok muka dia,manis sangat,kentot pn busuk  wangi law dapat becinta dengan dia.. peni solo smpai sekarang sbb peni tunggu datoK  fahrin r... hehehe..

kenapa peni pilih fahrin ek???? peni pun agak serba salah la kn.. hehehe nk pilih remy ishak tapi banyak gosip... macam fahrin ni tengok r siap pakai baju 100% single lagi an an an??? same macam peni...hak3 berangan bkn kena bayar pun...(mama peni selalu kata cm tu!!)



minat gile smpai tahap gaban kat mamat ni.. hak3 tapi jangan tanye lebih2 coz peni tak wt kajian terperinci tentang bakal suami peni ni.. hehehetapi kalau tanye kenapa dia tak minat peni, peni tahu r jawapan tu..... sbb dia tak jumpe peni lagi kot.... hak3 lg satu sbb peni tak glamer hak2 dush2 tampo pp dia slow2.. keh3

walau bagaimana pun dia tetap hero pilihan peni walau ramai lagi artis yang hensem kat malaysia ni.. hehehe... sama2 lah kita doakan kebahgiaan peni dan fahrin hehehe aminn.. (waahh.. rase cm betul2 pulak... kalau betul pn ape salahnye kan? hehehe)

yang bagi inspirasi buat entri yang ditelan mati mak diluah mati bapak ini ialah EFA dan CIK GEBU. diaorang ni lah dari pagi tadi cuba rebut fahrin dari peni.. tak patot tul kan... adesshh.. (nak kenal diaorang tu sape? click jew at nama diaorang.. mudah dan tepat).

p/s :lebiu fahrin.. lalala~
     :jangan jeless.. huhuhuhu
     :siapa artis pilihan anda???... tapi jangan curi fahrin nt peni merajok huhu...

Best regards,

home alone

ini kawan peni namanya amber.. hehe cantik kan orangnye macam fasha sanda.. keh2.. takpe dia fasha peni lak marsha.. hehehe adil kan.. dush.. dushh.. dussh.. penampo diri sendiri.. hukuman kerana perasan.. hehehe..


hari ni dia g out station.. peni takot r... dok sesorang...tapi peni cakap kat dia peni tak takot.. lalala~ buat2 berani sebenarnye...tapi dalam hati udah kecot.. keh3...macam2 lak bunyi yang peni dengar.. biasa lah hati mmg suke jew usik minda kan.. tapi insyaalah peni bertahan.. lalala~



semalam amber call peni ajak masak untuk dinner.. peni on je.. hehehe.. pas dia balik kitaorang terus g tesco ampang... dah tu ape lagi???? masak r... dan hasilnye... jeng... jeng.. jeng...




tapi peni rasa bosan r... selalu mmg kitaorang tak bersembang sangat pun... dia asyik ber fb peni lak asyik ber blog je.. hahaha.. tapi still ade teman kan kan kan.. rini tinggal sorang2 rasa cm lam Filem HOME ALONE jew... hahaha.. mula lah start berangan.....


kemudian sorang kawan call... "weh.. ok ke dok sorang???? " peni pun jawab.. "aq ok jew..."  (hehehe padahal lam hati takot ugak la....) lalala~  mmg amber dah pesan kat dorang suruh tengok2kan peni.. hehehe bestkan ade kawan ramai.. ngee~


Best regards,

Wednesday, November 24, 2010

saya bersalah... sorry

salam semua..


peni ade wt salah td... peni mintak maaf sangat2.. tak tahu nk tulis ape sb satu ayat jew yang wat kamu terasa... kalo salah peni tu besar sangat peni mohon kamu amponkan kesalahan peni tu.. sbb kamu kwn terbaik peni ...kamu yang terbaik wt mase ni... sorry sesangat k..






Best regards,

Monday, November 22, 2010

6jam atas highway... lettiiiihhhh...

semalam peni kat penang lagi... raya katakan..so peni pun hantar la text kat kawan peni dua orang ni amber and ahlam...ye r kepala otak dah buntu dorang tak cakap nak balik pukul berapa??? hehehe.. beg mcm biasa r malas nk kemas


dah tu... dari janji pukul 5-6 jadi lah pukul 7... hehehe biasa r janji melayu... kitorang pun bertolak dari penang ke kuala lumpur.... adessshhh jem gile kat ats highway... tapi nasib baik kami bertiga kaki merapu meraban.. so mulut tak berhenti bergosip.. hehehe pot pet pot pet...

lastly nampak kotaraya tersergam indah didepan mata... tp elok la time tu semua dah betul2 letih... 6jam atas highway... jem sangat.... smpai KL jam 1pagi..rasa lambat la pulak nk smpai kt rumah.... padahal depan tu jew adessshh kaki terpeleot dah ni....babai geng....adiyoz amigos!

sampai jew kat rumah... tak larat gilew... letih bagai nk mati.. hahaha... so ade kedengaran bunyi telefon... borak jap.. then..... buuummmmm..... terlena smpai tak hengat dunia... krooorrrhhh... kroooorrrhhh... hehehe...

penat yang teramat sangat sampai lupe cuci kaki tangan dam mulut hahaha.... lepas tu bile tido mimpi mcm2 raksaksa fire francis light la.. graham bell kena cubit dgn mr. bean r ape r... adesshh... moral of the story.. kalo nak tido cuci tangan kaki dan mulut untuk mengelakkan mimpi yang menakutkan.. keh3...


P/S: BROADBAND PROBLEM R... ADESSHH TAK LEH NK ON9...
SORRY TAU!!

Best regards,

Saturday, November 20, 2010

today is my birthday

hehehe buat pertamakalinye peni belajar melukis.. hahaha thanks to SHADA WENTZ.. dia yang ajar peni melukis.. huhuhu nk tahu sape shada klik je kat sini (link)
 ni lah hasil lukisan peni untuk birthday peni kali ni.. hahaha.. jangan ketawa... sape ketawa peni tembak dia gune cili sos hahaha... cantik tak???? hahaha.. semua mesti kena kata cantik tau.... bagi r can at peni tunju hasil karya terulung nye huhu..

p/s: thanks untuk semua yang wish birthday at peni

thanks utk yang buat en3 khas buat peni mereka tu ialah:
-mommy
klik kt nama downg taw...

thanks ugak untuk shada yang anta email big hug tu.. so cute...

thanks utk cik gebu yang suruh peni buat nasi minyak petrol untuk dia hahaha..


yang terlupa sebut nama sori ekk..  
papai love u all muuuuuuaaaaahh...

Best regards,

ishh.. ishh...pelik-pelik!

uwaa... ini binatang yang paling peni tatot... mcm ni ke anak dia... uweekkk manyak  geli woo..

adeeessshhh.... cepat call teledera.... cian makcik ni


patot r pakcik ni botak.. hahaha tengok tu, ade mesin potong rumput atas pala dia.. keh3

hebat r.. superman pun kalah kalau mcm ni

adessshh tu la adik oii... akak dah kate pakai halmet... an kena saman..

aucchh... takotnye.......tanak komen!

hehehe.. anak tade ke yang g dukung kambing tu... hahaha

cool.... huhu.. hebat r pakcik!


yang ni peni tak suke... cian an edit gmbar bebudak cm ni..

waahh... chumillnye... kt kedai mane dia beli ni??? keh3



Best regards,