CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

cuit2 my sponsor

Followers

q




Sunday, November 7, 2010

aduuiii jerawat....


salam semua.... hurrmmm mcm mana nk ilangkan jerawat ekkk??? muka peni ni an, kat dagu selalu jew tumbuh jerawat... tak kira masa... kadang2 je dia ok...ta tawu pe masalahnye tw... so at bwh ni peni ada info tentang jerawat... td sesaje g belek2 at ruang internet nun.. hehehe

Punca jerawat.
  • Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 'an.
  • ·          Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
  • ·         Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.
Petua dan cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya.
  1. Bahan paling mudah untuk mengeringkan jerawat adalah krim yang mengandungi Benzoyl peroxida. Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus ia mengering dan memudahkan sumbatan liang minyak tanggal. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh empat hinga enam bulan.
  2. Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
  3. Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
  4. Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk. Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.
  5. Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
  6. Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
  7. Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.
  8. Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".
  9. Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.
  10. Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
  11. Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.
 pssstttt...pssstttt...: nk tanye ni... betul tak semua orang cuke picit jerawat bila jerawat tumbuh at muka an.. hehehe.. peni pun sama... gatai2 jew tangan nk kutil2 jerawat tu... lam hati geram jew... huhu...

Best regards,

0 ulasan: